SOALAN-SOALAN LAZIM UNIT PENGURUSAN PRASEKOLAH

Soalan : Apakah syarat-syarat kemasukan ke kelas prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia dan bilakah permohonan boleh dibuat ?

Syarat-syarat Kemasukan Murid Ke Kelas Prasekolah KPM adalah merujuk surat : KP(PUU)10074/02/9/Jld.3(58) bertarikh 6 Mac 2002 dan KP(BS)/(PSR)8502/10/Jld.Vll(8) bertarikh 29 Mac 2002.

i) Warganegara Malaysia sahaja. (Merujuk kepada penerimaan kemasukan murid ke sekolah rendah).

ii) Kanak-kanak yang mencapai umur lima (5) tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa.

iii) Keutamaan pemilihan berasaskan kepada merit pendapatan ibu bapa/penjaga di bawah garis kemiskinan dan ‘ranking’ pendapatan perkapita keluarga dari rendah ke tinggi.

iv) Jumlah bilangan murid setiap kelas tidak melebihi daripada 25 orang.

v) Proses pemilihan murid prasekolah KPM hendaklah dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah.

Kemasukan ke Kelas Prasekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

Tarikh mula pendaftaran                                :          1  Jun tahun

Tarikh tutup pendaftaran                             :           30 September

Surat tawaran masuk                                    :          11 November

Jawapan penerimaan tawaran               :          30 November

Pendaftaran masuk kelas                           :          Sesi persekolahan tahun berikutnya.

Soalan : Bagaimana hendak menggunakan wang baki Bantuan Makan Murid ?

Permohonan hendaklah dikemukakan ke Unit Pengurusan Prasekolah, Sektor Pengurusan Sekolah bagi mendapatkan kebenaran menggunakan wang baki tersebut – (Rujuk Lampiran A)

Setiap permohonan mestilah menyatakan perincian pembelian bahan makan murid berdasarkan

i. surat siaran KP.1574/4/6/Jld.8 (33) bertarikh 30 Julai 2007 di para 2 menyatakan Bahagian Kewangan tiada halangan membenarkan pihak sekolah membelanjakan baki peruntukan tersebut bagi tujuan membekalkan makanan berkhasiat termasuk vitamin kepada murid prasekolah sahaja.

ii. J.Pend.Pk(Kew)3536/1/(38) bertarikh 3 Disember 2008 – Perkara 6 menyatakan Lebihan peruntukan Bantuan makanan Prasekolah boleh dibelanjakan untuk tujuan membekalkan makanan berkhasiat termasuk vitamin kepada murid prasekolah sahaja dengan cara membuat permohonan ke Jabatan Pelajaran Perak. Jika berlaku pengurangan murid melebihi 5% daripada bilangan murid sebenar, lebihan tersebut hendaklah dipulangkan ke Jabatan Pelajaran Perak.

.

Soalan : Bagaimana cara melaksanakan lawatan sambil belajar murid prasekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia ?

Permohonan lawatan perlu mendapatkan kebenaran dari pihak Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing dengan disertakan Kertas Kerja Lawatan – (Rujuk Lampiran B)

Pihak Unit Pengurusan Prasekolah hanya membantu menyediakan peruntukan sewaan bayaran perkhidmatan bas berpandukan kepada kadar sewaan bas yang dikeluarkan oleh Unit Kewangan, Jabatan Pelajaran Negeri. Permohonan mestilah disertakan dengan satu salinan kertas kerja lawatan yang diluluskan oleh PPD dan selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh lawatan dijalankan. Permohonan yang lewat tidak akan dilayan.

.

Soalan : Bagaimana cara bagi menggantikan Pembantu Pengurusan Murid yang cuti bersalin /  yang bertukar dengan tiada pengganti / cuti sakit berpanjangan ?

Surat Permohonan hendaklah dikemukakan ke Unit Pengurusan Prasekolah, Sektor Pengurusan Sekolah bagi mendapatkan kelulusan dan surat tawaran – (Rujuk Lampiran C)

.

Soalan : Adakah perlu dipulangkan lebihan peruntukan wang Bantuan Makanan Murid Prasekolah dan PCG bagi tahun-tahun semasa ?

Sekiranya berlaku pengurangan murid melebihi 5% daripada bilangan murid sebenar atau berbanding tahun asas tuntutan, lebihan tersebut hendaklah dipulangkan ke Unit Kewangan, Jabatan Pelajaran Perak sebelum 31 Julai tahun semasa. (Surat siaran : J.Pend.PK(kew)3164/Jld.lll (92) bertarikh 16 Mac 2004) – (Rujuk Lampiran D)

.

Soalan : Bolehkah pihak sekolah membuat tuntutan pelarasan peruntukan bagi aktivti prasekolah

Tuntutan pelarasan bagi aktiviti prasekolah tidak dibenarkan merujuk kepada surat KP.1573/17/Jld. 14 (4) bertarikh 16 Oktober 2002 – (Rujuk Lampiran E)

Soalan : Sekolah manakah di negeri Perak yang mempunyai kelas prasekolah?

Senarai sekolah di negeri Perak yang mempunyai kelas prasekolah [klik disini]

Program Khidmat Bantu PSS Peringkat Negeri Perak di SK Siputeh

Program Khidmat Bantu PSS tersebut telah dilaksanakan pada 4hb April hingga 7hb April 2011. Seramai 46 orang peserta yang terdiri daripada pegawai BTPN, PTP dan GPM Kinta Selatan serta guru-guru SK Siputeh telah mengambil bahagian dalam program yang bertujuan untuk menaiktarafkan PSS SK Siputeh itu. Pihak pentadbir SK Siputeh merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang telah menyumbang kepada kejayaan program tersebut.

Pertandingan ‘Action Song’ Daerah Kinta Selatan Tahun 2011

Sekolah Kebangsaan Siputeh merupakan tuan rumah bagi Pertandingan ‘Action Song’ Daerah Kinta Selatan Tahun 2011. Pertandingan tersebut telah dilangsungkan pada hari Khamis, 28hb April 2011, bertempat di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Siputeh. Sebanyak 10 pasukan telah menyertai pertandingan itu, dan pasukan SK Gunung Panjang telah muncul sebagai juara dan akan mewakili Daerah Kinta Selatan ke pertandingan peringkat negeri.

Hari Keusahawanan Sekolah Kebangsaan Siputeh Tahun 2011

Aktiviti anjuran PIBG Sekolah Kebangsaan Siputeh itu telah berjaya diadakan pada hari Sabtu, 30hb April 2011. Aktiviti itu telah dirasmikan oleh Ybhg. Dato’ Mohd Yusoff Bin Kassim, Ketua UMNO Bahagian Batu Gajah, dan telah berjaya menarik kunjungan orang ramai. Di samping acara teras iaitu jualan barang-barang, pelbagai acara lain telah disediakan untuk para pengunjung, antaranya seperti Senam Seni 1 Malaysia, pameran Bomba dan Penyelamat, pertandingan teka kacang, pertandingan mewarna, panggung wayang mini dan acara Sampaikan Lagu.

MTQ Pendidikan Khas Ng. Perak

Pertandingan Majlis Tilawah Al-Quran Untuk Pelajar Pendidikan Khas 2009, Peringkar Negeri Perak telah diadakan pada 21-23hb Oktober 2009 bertempat di Hotel Hill City, Tambun. Pelajar Pendidikan Khas SK Siputeh Muhammmad Azwan b Azmi telah mewakili Daerah Kinta Selatan dalam pertandingan Azan Subuh. Walaupun tidak memenangi sebarang tempat, pendedahan yang diterimanya amat berguna untuk lain-lain pertandingan akan datang.

Photobucket